|
PRODUK

Pengenalan kepada Streamyx
Streamyx ialah khidmat capaian internet dengan kelajuan sehingga 100 kali lebih laju daripada kelajuan modem biasa, dengan menggunakan talian telefon yang biasa. Ia sesuai digunakan untuk melayari laman web, streaming video, pembelajaran jarak jauh dan sebagainya.
Caj langganan rendah yang dikenakan keatas pelanggan membolehkan pelanggan melayari internet pada bila-bila masa, dengan kadar bayaran bulanan yang tetap dan murah. Selain itu, pelanggan boleh menggunakan telefon dan melayari internet pada masa yang sama, dengan menggunakan talian telefon yang sama.
Berikut ialah perbandingan cara-cara lain untuk mencapai internet:
|
Streamyx
Basic 66 |
ISDN
1525 |
Dialup
1515 |
Prepaid |
| Kelajuan |
512KB/s |
64KB/s |
40KB/s |
40KB/s |
| Sewa Tahunan |
Tiada |
RM24 |
RM24 |
Tiada |
| Penggunaan |
RM66/bulan |
3 sen/min |
1 sen/min |
RM50/80jam |
| Caj Telefon |
Tiada |
2 sen/min |
1.5 sen/min |
1.5 sen/min |
Streamyx untuk Rumah Kediaman
Ada beberapa pilihan produk Streamyx untuk penggunaan di rumah. Perbezaannya ialah pada kelajuan capaian internet, dari segi kelajuan muat turun dan muat naik data, grafik dan video. Satu lagi perbezaan ialah sama ada modem dibekalkan oleh TM Net atau perlu dibekalkan sendiri oleh pelanggan.
Diantara produk Streamyx untuk kegunaan di rumah, ada satu pilihan bagi pelanggan yang hanya memerlukan capaian internet sehingga 60 jam sebulan. Bagi opsyen-opsyen yang lain, Streamyx boleh digunakan tanpa had masa, pada kadar yang sama.
Berikut ialah kadar Streamyx untuk pemasangan di rumah:
| Pakej |
Kelajuan (Kbps) |
Caj
Bulanan |
Basic 512
(60 jam) |
512 |
RM 44 |
Basic 512
(tanpa modem) |
512 |
RM 66 |
Basic 512
(dgn modem) |
512 |
RM 77 |
Basic 1MB
(tanpa modem) |
1MB |
RM 88 |
Basic 1MB
(dgn modem) |
1MB |
RM 99 |
Streamyx-in-a-Box
Suatu opsyen untuk pelanggan-pelanggan yang mempunyai cukup pengetahuan teknikal untuk memasang streamyx sendiri dan ingin menjimatkan kos pemasangan.
Bagi opsyen ini, modem akan dihantar melalui Pos Malaysia dalam tempoh 3 hari dari tarikh pendaftaran. Pelanggan dikehendaki menampung kos pengangkutan sebanyak RM10 bagi Semenanjung dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak.
Berikut ialah kadar untuk Streamyx In A Box:
| Pakej |
Kelajuan (Kbps) |
Caj
Bulanan |
Basic 512
(dgn modem) |
512 |
RM 77 |
Basic 1MB
(dgn modem) |
1MB |
RM 99 |
Streamyx Perniagaan
Streamyx untuk perniagaan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu "SOHO" (pejabat di rumah), "Enterprise Package" dan "Corporate Package". Pelanggan SOHO diberikan IP yang dinamik, pelanggan "Enterprise Package" menerima satu IP tetap, sementara pelanggan "Corporate Package" diberikan 5 IP tetap.
Satu lagi pilihan bagi pakej perniagaan ialah penggunaan sama ada modem SDSL atau modem ADSL. Streamyx yang dipasang di rumah dan SOHO menggunakan ADSL. Tetapi syarikat-syarikat besar yang mempunyai penggunaan Internet yang tinggi diberikan pilihan untuk menggunakan SDSL atau ADSL.
SDSL bermaksud "symmetric digital subscriber line" dan boleh menampung kelajuan sehingga 3 Mb sesaat dalam kedua-dua arah (menerima dan menghantar data). Talian yang menggunakan SDSL tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon biasa. ADSL pula bermaksud "asymmetric digital subscriber line". Teknologi ADSL membolehkan kadar menerima data sehingga 9 juta bit sesaat, tapi kadar menghantar data terhad kepada 640 Kb sesaat. Talian yang menggunakan ADSL boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon biasa.
Berikut ialah kadar untuk "SOHO":
| Pakej |
Terima/
Hantar |
Caj
Bulanan |
| SOHO |
1Mb/384Kb |
RM 148 |
Berikut ialah kadar untuk "Enterprise Package":
| Modem |
Terima/
Hantar |
Caj
Bulanan |
| ADSL |
1Mb/384Kb |
RM 418 |
| ADSL |
2Mb/384Kb |
RM 688 |
| SDSL |
1.5Mb/1.5Mb |
RM 618 |
Berikut ialah kadar Streamyx untuk "Corporate Package":
| Modem |
Terima/
Hantar |
Caj
Bulanan |
| ADSL |
1Mb/384Kb |
RM 618 |
| ADSL |
2Mb/384Kb |
RM 1188 |
| SDSL |
1.5Mb/1.5Mb |
RM 1084 |
SEMUA PERALATAN DI BAWAH INI BOLEH DI DAPATI :
MODEM ADSL
NETWORK CARD
|